awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hospital swasta sedia kakitangan terlatih bantu hospital kerajaan

Bernama
Bernama
05/07/2021
02:53 MYT
COVID-19: Hospital swasta sedia kakitangan terlatih bantu hospital kerajaan
Kebanyakan hospital swasta setuju sediakan jururawat terlatih sebagai bantuan awal secara berperingkat kepada kerajaan bagi membantu menguruskan pesakit COVID-19 di hospital awam terpilih di Lembah Klang. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kebanyakan hospital swasta bersetuju untuk menyediakan kakitangan jururawat terlatih sebagai bantuan awal secara berperingkat, kepada kerajaan bagi membantu menguruskan pesakit COVID-19 di hospital awam terpilih di Lembah Klang.
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Datuk Dr Kuljit Singh berkata, bantuan ini berdasarkan kepada keadaan semasa COVID-19 di hospital awam, terutamanya di Lembah Klang yang kini berhadapan kadar kemasukan ke wad yang tinggi dan kekurangan kakitangan.
"Kementerian Kesihatan telah memohon kepada Persatuan Hospital Swasta Malaysia bagi medapatkan bantuan daripada ahlinya, untuk jururawat, pegawai perubatan dan pakar, untuk bertugas di hospital kerajaan.
"Kami pada peringkat selepas ini, akan membantu mereka dengan kakitangan perubatan yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Kuljit berkata, walaupun hospital swasta besar juga telah terlibat dengan program vaksinasi COVID-19 seperti IHH Healthcare, KPJ Healthcare, Sunway dan Hospital Ramsay Sime Darby, juga kekurangan kakitangan, hospital swasta bersedia untuk membantu kerajaan dalam menguruskan situasi tersebut.
Oleh sebab itu, beliau berkata persatuan telah mengesa ahlinya untuk bersedia menerima pesakit bukan COVID-19 yang dirujuk daripada hospital kerajaan, bagi menyediakan kapasiti yang lebih bagi merawat pesakit COVID-19 di hospital awam.
"Kami berharap pesakit yang dirujuk itu dihantarkan secara sama rata ke semua hospital swasta, dalam memastikan rawatan dan penjagaan terbaik dapat diberikan kepada pesakit awam dan ia akan dibayar sepenuhnya oleh kerajaan seperti dinyatakan dalam Ordinan Darurat," katanya.
Selain daripada itu beliau berkata, hospital kerajaan akan terus membantu kerajaan untuk memberikan 12 dos vaksin yan dijangka akan diterima bulan ini dengan 100 hospital swasta pada masa ini sedang membantu memberikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hospital swasta
#jururawat terlatih
#pesakit COVID-19
#program vaksinasi
#vaksin
#kadar kemasukan ke wad
#Persatuan Hospital Swasta Malaysia
#Dr Kuljt Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan