ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Julai 2021.

1. Insiden pekerja lompat pagar sebuah syarikat bukan lari dari operasi - Polis

Insiden kononnya pekerja melompat keluar pagar sebuah syarikat kurier di Seksyen 22, dekat sini petang semalam dan melarikan diri, bukanlah kerana operasi pihak berkuasa tetapi susulan panik mendengar bunyi penggera kebakaran.

2. Vaksin COVID-19: Suntikan harian cecah 340,043, tertinggi pernah direkodkan

Jumlah pemberian suntikan harian vaksin COVID-19 mencatatkan rekod baharu tertinggi dengan 340,043 dos pada Selasa (6 Julai).

3. COVID-19: Kajian ujian saringan air liur selesai, sensitiviti lebih 90% - Dr Noor Hisham

Institut Kajian Perubatan (IMR) telah selesai menjalankan kajian mengenai penggunaan dua kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19.

4. Permohonan moratorium mulai hari ini! Ini pautan untuk anda memohon

Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, semua kumpulan B40; M40 dan T20; perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro boleh memohon moratorium selama enam bulan.

5. Kerajaan setuju lupus pinjaman peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion - PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal.

6. Remaja mengaku bersalah menyamar jadi doktor di PPV

Seorang remaja mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuching atas tuduhan menyamar sebagai doktor pakar yang bertugas di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Petra Jaya.

7. COVID-19: Lebih 7,000 jangkitan baharu hari ini, kes kumulatif hampiri 800,000

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Selangor terus menjadi penyumbang utama kepada 7,097 jangkitan baharu hari ini dengan merekodkan 3,119 kes.

8. Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

9. COVID-19: Sistem kesihatan di 4 negeri akan lumpuh jika... - Dr Noor Hisham

Empat negeri masih menunjukkan peningkatan kes harian baharu melebihi kapasiti maksimum hospital di negeri tersebut iaitu lebih 38 kes baharu harian bagi setiap 100,000 penduduk.

10. PKPD di seluruh daerah Seremban mulai 9 Julai

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan lapan mukim iaitu mukim Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban dan Setul.