MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Julai 2021.
Ahli-ahli Parlimen akan kembali ke bangunan Parlimen bagi menghadiri sidang khas Dewan Rakyat selepas persidangan ditangguhkan sejak awal tahun.
COVID-19: Dua lagi kit ujian kendiri dapat kelulusan KKM
2. Ini menjadikan kesemuanya lima jenis kit ujian kendiri COVID-19 mendapat kelulusan bersyarat MDA setakat ini.
Responden semakin memberi perhatian kepada isu-su penting seperti penglibatan politik, menyelaraskan perbelanjaan dan kerjaya serta mendorong perubahan pada masalah sosial yang dilihat penting bagi mereka.
Polis telah mengenal pasti beberapa individu termasuk seorang bergelar Datuk berhubung insiden sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini, untuk mengambil tempahan ‘nasi ganja’ di sini semalam.
Tanda tanya mengenai ke mana hilangnya duit RM20 juta sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin dijawab oleh Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri pada Sabtu.
KKM mengesahkan kes harian dalam tempoh 24 jam lalu adalah sebanyak 15,902, peningkatan berbanding 15,573 kes semalam, menjadikan kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 996,393 kes.
Hartal Doktor Kontrak atau mogok umum yang dijadual pada 26 Julai ini akan diteruskan untuk mendesak kerajaan menunaikan tuntutan golongan berkenaan, kata Gerakan Doktor-Doktor Kontrak Malaysia.
Kerajaan Pahang hari ini menawarkan untuk membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) secara percuma kepada lapan beradik yang kematian ibu bapa mereka akibat COVID-19 minggu lepas.
Tiga Ahli Parlimen didapati gagal dalam ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada Jumaat. Sumber memberitahu, empat orang lagi Ahli Parlimen disahkan kontak rapat. Ketujuh-tujuh Ahli Parlimen itu kini dilaporkan sedang menjalani kuarantin wajib.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin agak kritikal dan lemah akibat positif COVID-19.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami