MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Ogos 2021.
Individu yang sedang menunggu untuk mendapatkan suntikan kedua vaksin COVID-19 di Lembah Klang diminta untuk terus mematuhi tarikh janji temu yang telah ditetapkan.
Majlis keraian semasa sambutan Hari Raya Aidiladha secara sembunyi, aktiviti rentas daerah dan negeri menjadi antara punca peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri Terengganu.
Baki kira-kira 85,000 guru di seluruh negara yang masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 akan menerima suntikan vaksin sebelum sesi persekolahan dibuka September ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan seramai 29 individu yang terlibat dalam perhimpunan# Keluar dan #Lawan di Dataran Merdeka semalam telah dikenal pasti.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata laporan sebuah portal mengenai cadangan melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim adalah khabar angin yang ingin melaga-lagakan pihak kerajaan.
Empat sampel RT PCR kes positif COVID-19 hasil daripada saringan yg dijalankan di Parlimen menunjukkan terdapat unsur berkaitan varian Delta atau varian Kappa, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan pertambahan sebanyak 17,150 kes sekaligus membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,130,422 sejak pandemik bermula di negara ini.
Keadaan individu yang ramai ketika sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang berlangsung bermula 26 hingga 29 Julai lalu telah mencetuskan kebimbangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melihat kepada kadar penularan COVID-19.
Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) mempersoalkan penjualan kit ujian kendiri air liur COVID-19 melalui MySejahtera selepas kemas kini terbaharu aplikasi tersebut pada 29 Julai lalu.
Meskipun Nur Dhabitah Sabri terpaksa akur di kedudukan keempat daripada 12 peserta, gadis berusia 22 tahun itu jelas tidak memberi laluan mudah kepada pencabar lain termasuk dari China dan Amerika Syarikat (AS).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami