awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Interim hanya khabar angin - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2021
06:35 MYT
PM Interim hanya khabar angin - Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beransur pulang selepas menyampaikan bakul makanan kepada penduduk kampung yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di Kampung Mengkarak, Bera hari ini. - Foto BERNAMA
BERA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata laporan sebuah portal mengenai cadangan melantik beliau sebagai Perdana Menteri Interim adalah khabar angin yang ingin melaga-lagakan pihak kerajaan.
Menurutnya, dalam Perlembagaan Persekutuan tiada istilah interim, Perdana Menteri Interim serta kerajaan interim.
Malah beliau tidak menolak kemungkinan ia sengaja diada-adakan untuk melaga-lagakan dan memecahbelahkan kerajaan sedia ada.
"Tak perlu layan khabar angin seperti itu. Apa yang perlu sekarang ialah mendamaikan dan menyejukkan keadaan, bukan melaga-lagakan sampai ada perpecahan," katanya.
PM Interim | Cadangan lantik cubaan untuk melaga-laga - TPM
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bakul makanan kepada empat wakil kampung di Masjid Kampung Charuk Puting, Bera.
Beliau mengulas laporan sebuah portal pada Sabtu yang mendakwa Ismail Sabri dikatakan mempunyai sokongan kuat, termasuk daripada kalangan ahli Kabinet untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Interim dan rundingan mengenai perkara itu sedang berjalan di peringkat kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Timbalan Perdana Menteri
#khabar angin
#Perdana Menteri Interim
#Perdana Menteri
#TPM
#kabinet
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan