ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Ogos 2021.

1. Tindakan Blok Pembangkang ke Parlimen cuma raih publisiti, main politik - Mohd Amar

Naib Presiden Pas itu berkata, tindakan yang dipamerkan Ahli Parlimen itu tidak akan disenangi rakyat yang mengetahui penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini disebabkan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

2. Anwar dakwa PN kini tiada majoriti  

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional kini sudah tumbang. 

3. 30 Ahli Parlimen BN tandatangani surat akuan sokong Muhyiddin - Sumber

Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira.

4. Takiyuddin selamat jalani angiogram, doakan beliau cepat sembuh - Tuan Ibrahim

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan Datuk Seri Takiyuddn Hassan selamat menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital pada Isnin. 

5. Pejuang dakwa kerajaan langgar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat

Pejuang mendakwa kerajaan telah melanggar Perkara 36(7) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menegah penyalahgunaan nama Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat.

6. Ahli Parlimen Pembangkang dakwa kerajaan 'matikan' kesuburan demokrasi

Beberapa Ahli Parlimen Pembangkang mendakwa kerajaan tidak patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang, dibahas dan seterusnya diungkaikan di Parlimen.

7. Semua warga emas boleh 'walk-in' untuk divaksin bermula minggu depan - Khairy

Vaksinasi secara jumpa terus atau “walk-in” buat warga emas kini diperluaskan ke seluruh negara bermula minggu hadapan.

8. COVID-19: 15,764 kes baharu, kematian harian tertinggi direkodkan

Kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang lalu mencatatkan penurunan apabila 15,764 kes dilaporkan hari ini, berbanding sebanyak 17,150 kes semalam.

9. Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 PPN bermula 4 Ogos - PM

Tiga buah negeri membabitkan Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 4 Ogos ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

10. Tokyo 2020: Aaron-Wooi Yik tiba di Malaysia dengan senyuman

Wira badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tiba di tanah air hari ini dengan tersenyum puas di atas kejayaan yang dikecapi.