ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 September 2021.

1. Perdana Menteri menghadap Agong untuk mesyuarat Pra-Kabinet

Pertemuan secara maya di Istana Negara itu diadakan sebelum Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

2. Paralimpik Tokyo 2020: Keputusan batal pingat emas Ziyad kekal

Keputusan untuk membatalkan pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli kekal.

3. Pencemaran LRA Sg Semenyih: Bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat

Penyaluran bekalan air itu dilakukan secara berperingkat berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

4. "Ya Allah mental tak kuat hari ini" - Aishah

Penyanyi terkenal, Aishah yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang selepas dijangkiti COVID-19 meluahkan situasinya berhadapan saat-saat yang mendebarkan.

5. Bayaran fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 B40, M40 bermula 6, 9 Sept - Tengku Zafrul

peruntukan itu melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion serta memanfaatkan 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 4.5 juta individu bujang.

6. Paralimpik Tokyo 2020: Perak kedua buat Malaysia melalui atlet Boccia, Chew Wei Lun

Malaysia meraih perak ketiga buat negara melalui atlet Boccia negara, Chew Wei Lun selepas tewas kepada atlet Britain, David Smith dengan skor 2-4.

7. COVID-19: Malaysia masuk fasa endemik hujung Oktober - Khairy

Peralihan fasa itu dijangka berlaku selepas 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dua dos vaksin.

8. COVID-19: 18,762 kes baharu, kembali mencatatkan penurunan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 1,765,016.

9. Pulau Pinang lulus had umur 18 tahun calon ADUN

Undang-undang itu diluluskan selepas usul dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Negeri, Soon Lip Chee mendapat sokongan penuh selepas ia dibahaskan enam wakil rakyat.

10. Isu pingat emas Ziyad: MSN diarah tubuh jawatankuasa siasatan - Faizal Azumu

Majlis Sukan Negara (MSN) diarah membentuk jawatankuasa siasatan bagi meneliti insiden atlet paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli terlepas pingat emas lontar peluru F20 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.