MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
BERIKUT antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 September 2021.
Kerajaan akan mengambil beberapa pendekatan baharu di bawah Pelan Pemulihan Negara serta Belanjawan 2022 dalam memastikan sektor kesihatan awam terus bertahan.
Bilangan penganggur meningkat, kadar pengangguran kekal 4.8 peratus pada Julai
2. Bilangan penganggur dalam negara meningkat sedikit kepada 778,200 namun kadar pengangguran bulan Julai kekal pada 4.8 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia
Populasi dewasa di negara ini dijangka mencapai 100 peratus kadar vaksinasi lengkap dua dos menjelang akhir Oktober, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
edudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan, dan Menteri Besar Negeri Sembilan masih kukuh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan tuntutan saman cukai ke atas mereka.
Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, lebih RM9 juta yang disumbangkan oleh salah sebuah syarikat pemegang taruh kepada Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah untuk tujuan kebajikan dan keagamaan.
Pelancong yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,118 kes diikuti Selangor, 2,700 kes, dan Sabah sebanyak 2,298 kes.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.
Segala maklumat dan data berkaitan COVID-19 kini akan dipaparkan di laman web baharu COVIDNOW, dan pelaporan harian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan format baharu, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami