SEREMBAN: Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Negeri Sembilan, dan Menteri Besar Negeri Sembilan masih kukuh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR itu berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan yang beliau pengerusikan hari ini meminta Aminuddin sebagai Pengerusi MPN, untuk memberi perhatian kepada permasalahan yang diutarakan pimpinan negeri, terutamanya keperluan untuk mengukuhkan jentera pilihan raya.
Anwar berkata, mesyuarat juga mencapai konsensus supaya ahli-ahli dan pimpinan kanan perhubungan negeri terus bergerak sebagai satu pasukan, terutamanya dalam merangka usaha menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Isu kedudukan MB tidak berbangkit, ada sokongan padu. Tetapi ada dibangkitkan permintaan supaya MB beri sedikit perhatian kepada keperluan parti, cabang-cabang, untuk perkukuh jentera, dalam menghadapi pilihan raya.
“Jadi kita beri ruang untuk mereka berbincang dan perjelaskan,supaya terus dengan padu bersama dengan Exco-exco negeri (dari PKR) dan Timbalan Speaker, untuk di dalam jentera parti, terutama Biro Politik PKR Negeri Sembilan, bagi memudahkan Aminuddin supaya bertindak sebagai MB dan Pengerusi MPN Negeri Sembilan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat MPN, di sini hari ini.
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, mesyuarat itu merupakan siri-siri mesyuarat peringkat negeri yang beliau pengerusikan, termasuk Sabah dan Selangor sebelum ini.
Media pada Ahad melaporkan pimpinan PKR Negeri Sembilan telah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin.
Menurut mereka, Aminuddin tidak berusaha untuk merancang bagi mengukuhkan penguasaan politik Pakatan Harapan (PH) di negeri ini untuk terus kekal memerintah.
Selain itu media melaporkan, terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bagi menjatuhkan kedudukan Aminuddin.
Mengulas mengenai SD berkenaan, Anwar berkata, beliau difahamkan beberapa individu berkenaan telah menarik balik surat yang mereka tandatangani.
“Kita tidak membincangkan soal (usaha pengumpulan) SD, tetapi kita ada membincangkan sedikit sebanyak tentang kandungannya. Jadi saya beri ruang kepada mereka untuk memberi penjelasan, dan saya turut menerangkan mengapa Menteri Besar juga perlu berusaha perkukuhkan jentera pilihan raya,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Sep 09 2021
Anwar berkata, MPN Negeri Sembilan meminta Aminuddin turut memberi tumpuan pengukuhan jentera parti, di samping fokus pentadbiran negeri. - Foto Pejabat Anwar Ibrahim
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Kedudukan Aminuddin sebagai MB N.Sembilan masih kukuh - Anwar
Anwar berkata, MPN Negeri Sembilan meminta Aminuddin turut memberi tumpuan pengukuhan jentera parti, disamping fokus pentadbiran negeri.