MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 September 2021.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom mulai hari ini hingga 27 September.
Sultan Perak jalankan fungsi Agong sepanjang lawatan khas Al-Sultan Abdullah ke UK
2. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangkatan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam lawatan khas ke United Kingdom mulai hari ini.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di seluruh masjid negeri, bandar, jajahan, mukim, serta surau dan musala, berkuat kuasa mulai hari ini.
Seorang guru sekolah menengah di Tapah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Jumaat atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki, tahun lalu.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar semua wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Exco Kerajaan Negeri menyumbang dana peribadi untuk tujuan membantu rakyat.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 3,480 kes, diikuti Selangor dengan 2,646 kes dan Johor, 2,334 kes.
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan menolak permintaan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada lebih sejuta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enggan menyemak semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.
Selepas berlaku sedikit kekeliruan berkaitan pembukaan gimnasium di negeri di bawah Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Jumaat mengesahkan bahawa perkhidmatan itu kini dibenarkan beroperasi semula.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami