MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 September 2021.
Kerajaan tidak pernah berhasrat untuk menarik balik atau mengehadkan lesen memandu kepada individu yang berusia lebih 70 tahun.
Dewan Rakyat: Jumlah banduan di penjara melebihi kapasiti sebenar - Timbalan Menteri KDN
2. Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa jumlah banduan di seluruh negara ketika ini melebihi kapasiti sebenar penjara.
Sejumlah 10,317 individu diisytihar bankrap sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada Mac 2020 sehingga Julai tahun ini.
Kerajaan disaran memperkenalkan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secepat mungkin selepas negara pulih daripada pandemik COVID-19.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menerima kunjungan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, di London sewaktu Baginda membuat Lawatan Khas ke United Kingdom.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memohon maaf susulan penularan video menunjukkan kenderaan dipercayai miliknya melanggar peraturan jalan raya.
Keluarga pemuzik, komposer dan penyanyi Ahmad Dhani pernah berdepan dengan mimpi ngeri apabila salah seorang anak lelakinya, Dul Jaelani terlibat dalam nahas jalanraya pada tahun 2013.
Angka jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia negara menyaksikan peningkatan dalam tempoh 24 jam lalu dengan 11,332 kes baharu dilaporkan berbanding semalam 10,959 jangkitan.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19.
Polis mengesahkan telah terima satu laporan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung dakwaan berlaku kebocoran data peribadi dalam data kerajaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami