Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 7, 2021 15:59 MYT
Oktober 7, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Oktober 2021.
Ismail Sabri berkata kerajaan melakukan pelbagai persediaan dan sentiasa berhati-hati dalam memberi kelonggaran serta mengambil kira perkembangan di seluruh dunia sebelum buat keputusan buka sempadan.
Pakatan Harapan Melaka tidak merancang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat.
SPRM akan mendapatkan maklumat lanjut daripada bekas ketua menteri Datuk Seri Idris Haron berhubung dakwaan berlaku penyelewengan projek di negeri itu.
Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara bersetuju memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan, yang mensabitkan cubaan bunuh diri sebagai perbuatan jenayah, kata Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang.
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia (FLOM) dan menafikan bahawa satu bahagian telah diwujudkan khusus untuk beliau dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) tanpa sebarang pindaan.
Penggunaan pil antiviral Molnupiravir keluaran Merck Sharp & Dohme perlu, memandangkan kadar breakthrough infection (jangkitan yang bertindak melawan vaksin) masih berlaku dalam kalangan mereka yang telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan akan menyelesaikan aduan mengenai kerosakan jalan di Kuala Lumpur dalam masa 24 jam.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, hari ini memohon di Mahkamah Tinggi di sini supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkannya ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.
PKR berharap Kabinet yang akan bermesyuarat esok, dapat melihat kembali keputusan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri, yang disifatkan tergesa-gesa.