awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN, Jabatan Peguam setuju mansuh kesalahan cubaan bunuh diri

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2021
04:35 MYT
KDN, Jabatan Peguam setuju mansuh kesalahan cubaan bunuh diri
AARON: Proses seterusnya adalah untuk membuat pindaan kepada Seksyen 309 supaya mereka yang membunuh atau cuba membunuh diri tidak disabitkan kesalahan lagi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara bersetuju memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan, yang mensabitkan cubaan bunuh diri sebagai perbuatan jenayah.
Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ketika ini cadangan pemansuhan undang-undang itu di peringkat untuk dibawa ke kabinet sebelum ia diputuskan.
"(Proses) seterusnya adalah untuk membuat pindaan kepada Seksyen 309 supaya mereka yang membunuh atau cuba membunuh diri tidak disabitkan kesalahan lagi," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) mengenai usaha kerajaan untuk menyegerakan proses bagi memansuhkan kesalahan cubaan bunuh diri.
Sebelum ini, Aaron berkata, isu cubaan bunuh diri akan dibawa kepada kabinet untuk pertimbangan supaya ia tidak dihukum sebagai perbuatan jenayah.
BACA: Bunuh diri bukan satu jenayah
BACA: 'Jangan klasifikasikan cubaan bunuh diri sebagai perbuatan jenayah'
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#mansuh kesalahan cubaan bunuh diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan