KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia (FLOM) dan menafikan bahawa satu bahagian telah diwujudkan khusus untuk beliau dalam Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Rosmah, 69, berkata demikian ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari ketiga pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah terhadapnya membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata gelaran itu adalah untuk 'tujuan pentadbiran.'
Sri Ram: Adakah anda bersetuju bahawa Wanita Pertama Malaysia adalah gelaran yang anda gunakan untuk diri sendiri?
Rosmah: Tidak.
Sri Ram: Siapa berikan gelaran itu kepada anda?
Rosmah: Tiada siapa yang berikan gelaran itu kepada saya. Ia hanya untuk tujuan pentadbiran.
"Isteri-Isteri perdana menteri (sebelum ini) tidak begitu aktif dalam aktiviti kebajikan atau projek yang menonjol seperti Permata Negara. Mereka mungkin jarang diundang untuk menyampaikan ucaptama di luar negara. Jadi, ketika suami saya menjadi Perdana Menteri, kehidupan saya menjadi teramat-amat sibuk," kata Rosmah.
Sri Ram kemudian menyoal sama ada terdapat bahagian dalam PMO yang dikenali sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' dan Rosmah menjawab: "Saya tidak tahu."
"Itu bukan tugas saya. Saya tidak campur tangan dengan PMO," katanya.
Rosmah juga berkata, beliau tidak tahu sama ada Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, bekas Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pernah digelar sebagai Wanita Pertama Malaysia.
"Saya tidak tahu. Mungkin di luar (negara) beliau digelar begitu (Wanita Pertama Malaysia)," katanya.
Rosmah juga berkata beliau sedia mengorbankan dirinya dan berdepan serangan di media sosial bagi pihak suaminya ketika Najib menjadi Perdana Menteri kerana Najib berkata serangan itu sebenarnya ditujukan kepadanya namun beliau menjadi sasaran mudah di media sosial.
Pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin menerusi bekas pembantu khasnya, Rizal Mansor sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek hibrid solar itu secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 21 Okt depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 07 2021

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata gelaran itu adalah untuk 'tujuan pentadbiran.' - Bernama

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.
Dua maut, lima cedera selepas bas bawa pelajar terbabas
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok di lebuhraya antara negeri berhampiran bandar Wawayanda, Timur New York pada Khamis.
Sekolah ditutup, ribuan guru di Nepal turun protes
Sekolah-sekolah di Nepal terpaksa ditutup pada Jumaat berikutan lanjutan protes dalam kalangan guru di negara itu sejak rabu lalu. Puluhan ribu guru berhimpun di Kathmandu sebagai tanda bantahan mereka terhadap akta reformasi pendidikan yang dibentangkan di Parlimen negara itu.
Filipina keluar amaran kesihatan
Asap tebal di ibu negara Filipina pada Jumaat memaksa pihak berkuasa menutup sekolah di semua peringkat dan mengeluarkan amaran kesihatan yang didakwa disebabkan kegiatan aktif gunung berapi.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.
Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.

Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak halang pendakwaan terhadap Rosmah - Pendakwaan
Tiada peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 menghalang pendakwaan terhadap Rosmah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.

Rosmah mohon batal 17 pertuduhan elak cukai, pengubahan wang haram
Rosmah memfailkan notis semalam, memohon dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 4 Okt 2020.

Mahkamah Persekutuan dengar permohonan Rosmah untuk kebenaran merayu pada 29 Nov
Pada 22 Julai lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Rosmah, 72, atas alasan rayuan beliau tidak mempunyai merit.

RM1.098 juta dimasukkan ke akaun Rosmah - Saksi
Saksi berkata, beberapa transaksi dalam akaun bank berakhir nombor 0058, menunjukkan berlaku aktiviti pendepositan wang tunai berjumlah RM1.098 juta.

Rosmah terima 'wang besar' tapi tak bekerja - Pendakwaan
Pendakwaan berkata, Rosmah melakukan kesalahan iaitu sejumlah besar wang telah didepositkan ke akaun semasanya sedangkan beliau berstatus tidak bekerja.

Permohonan tangguh kes AMLA, elak cukai Rosmah ditolak
Ahmad Akram berkata, AGC memerlukan masa antara dua hingga tiga bulan untuk meneliti representasi kedua yang difailkan Rosmah.

Rosmah dapat pasport ke Singapura, lawat anak sulung dijangka bersalin hujung bulan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan sementara pasportnya ke Singapura bagi membolehkannya melawat anaknya Nooryana Najwa Mohd Najib yang dijangka

Rosmah sekali lagi mohon pasport dikembalikan
Rosmah Mansor memohon pasportnya yang kini ditahan oleh mahkamah, dikembalikan bagi membolehkannya melawat anak perempuannya yang kini mengandung anak ketiga di Singapura.

Global Royalty mohon kes barang kemas Rosmah diputuskan tanpa bicara
Global Royalty Trading SAL memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya kes tuntutan 43 barang kemas bernilai RM67.5 juta membabitkan Rosmah diputuskan melalui penghakiman terus.

Prosiding rayuan Rosmah ketepi sabitan kes solar ditangguh
Mahkamah menetapkan pengurusan kes berkenaan pada 18 September depan.