ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 Oktober 2021.

1. Yusof Yacob tamatkan spekulasi, umum keluar Warisan dan sokong kerajaan

ADUN Sindumin itu menamatkan spekulasi sekali gus mengumumkan keluar Parti Warisan untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

2. Politik Melaka: Anwar bertemu empat bekas ADUN - Adly

Pengerusi PH Melaka mengesahkan pertemuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama empat bekas ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan Negeri Melaka. 

3. Penggunaan dos penggalak Comirnaty diberi kelulusan bersyarat - Dr Noor Hisham

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 Pfizer BioNTech, bagi golongan berusia 18 tahun ke atas, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

4. Kebenaran rentas negeri serentak seluruh negara - PM

Kebenaran rentas negeri akan dibuat serentak untuk seluruh negara dan bakal diumum dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

5. Antivaksin: Khairy gesa laporan dibuat terhadap pengguna Twitter @khalids

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah meminta laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat terhadap seorang pengguna laman sosial Twitter atas penyebaran berita palsu berhubung vaksin COVID-19.

6. PM lancar Skuad Keluarga Malaysia, mekanisme penyampaian bantuan bawah satu jentera

Kerajaan melancarkan Skuad Keluarga Malaysia yang menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.

7. Politik Melaka: SPRM ambil keterangan Idris Haron

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka mengesahkan sudah merakam percakapan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung dakwaan membabitkan penyelewengan royalti projek tambakan laut.

8. Hampir bunuh diri kerana tekanan jiwa, Karl Shafek kongsi derita gangguan emosi

Pada zahirnya, barangkali, pandangan masyarakat terhadap personaliti televisyen, Karl Shafek Ibrahim sama seperti dilihat pada orang lain.

9. Abang Perdana Menteri antara individu terlibat dalam penubuhan parti politik baharu

Abang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan akan menjadi penggerak utama dalam pelancaran sebuah parti politik, yang akan berlaku masa yang terdekat.

10. 'Datuk Seri' guna nama TMJ tukar mata wang asing USD5 trilion diburu polis

Polis Johor melakukan siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing yang dipercayai palsu dan melibatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.