awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2021
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Oktober 2021.
1. AS$6.94 juta hilang: AGC kembalikan semula kertas siasatan
AGC memutuskan untuk mengembalikan semula kertas siasatan berkaitan kes kehilangan wang AS$6.94 juta selepas mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut.
2. Antivaksin: Jangan diikut sangat kebebasan melampau Barat
Perkembangan hak asasi manusia yang tak terkawal di negara Barat, hingga memudaratkan masyarakat majoriti tidak harus diikut, kata Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid.
3. Pejabat Ketua Pembangkang dinaik taraf setara pejabat Menteri
Perdana Menteri serah surat pengesahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk naik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat menteri.
4. Masih enggan terima vaksin? Tunggulah, sampai anda terkena jangkitan - Abdul Latiff
Kumpulan antivaksin mungkin akan sedar kepentingan vaksin COVID-19 sekiranya mereka dijangkiti dan dikategorikan kritikal, atau dimasukkan ke ICU, kata Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
5. Perlis benar masjid dibuka sepenuhnya mulai esok
Kesemua masjid di Perlis dibenarkan dibuka sepenuhnya mulai 13 Okt dengan kelonggaran SOP pengimarahan masjid secara berperingkat.
6. Maaf, tak dapat hadir undi Bajet 2022, harus jalani rawatan di Jerman - Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memaklumkan Dewan Rakyat, beliau tidak dapat menyertai proses pengundian Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini.
7. Tiada lagi keperluan lakukan ujian saringan COVID-19 ke Langkawi - Khairy
Pelancong ke Pulau Langkawi tidak lagi perlu menjalani ujian saringan RT-PCR atau RTK-Antigen berkuat kuasa, hari ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
8. Rentas negeri: Tiada lagi keperluan gelembung pelancongan - Hishammuddin
Tiada lagi keperluan untuk mewujudkan gelembung pelancongan di Langkawi selepas kerajaan membenarkan rentas negeri di seluruh negara.
9. Tiada kluster, sembilan kes positif COVID-19 sepanjang sidang Dewan Rakyat - Speaker
Sebanyak sembilan kes COVID-19 direkodkan sepanjang 17 hari Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 berlangsung.
10. Dah tadah air ke? Mulai esok, 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan di sini, memberitahu, antara daerah terbabit ialah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita dalam negara
#berita tempatan
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan