MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Oktober 2021.
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan memulakan pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk semua penduduk di Sarawak mulai 13 Oktober 2021.
Perkembangan syor ERC tersekat akibat pertukaran kerajaan, COVID-19
2. Perkembangan terakhir mengenai tindakan susulan daripada syor tersebut adalah persetujuan kerajaan terdahulu untuk membentuk jawatankuasa khas kabinet dengan seorang menteri kanan sebagai ketuanya.
Syarikat dan premis perniagaan di bawah subsektor pelancongan dan kebudayaan kini dibenar beroperasi tanpa perlu membuat permohonan melalui Sistem Pengurusan Pintar COVID-19.
Kerja-kerja penyenggaraan dan penambahbaikan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) dilaporkan siap sepenuhnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.
Seorang anggota tentera maut selepas bertindak menembak dirinya sendiri dalam kejadian amuk di Kampung Kolong, Sungai Tengah, Matang.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan hasil ikan di kawasan perairan Sungai Geting, Tumpat, Kelantan masih selamat untuk dimakan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi warga emas dan anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami