MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Oktober 2021.
Ismail Sabri berkata, setakat ini, walaupun belum menjadi kewajiban bagi guru mendapatkan vaksin, mereka berisiko meningkatkan jangkitan kerana bakal bersemuka dengan pelajar ketika PdP kelak.
Buka sekolah: Kedah, Kelantan 31 Okt; Pulau Pinang, Perak, Sabah 1 Nov
2. Pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM bagi Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah akan terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 2 PPN pada Isnin.
Kenaikan harga kerana terdapat peningkatan kos susulan pelaksanaan SOP di pihak Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membincangkan isu gaji pegawai dan anggota polis dengan kementerian dan agensi berkaitan, kerana ia memerlukan kajian lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Negara merekodkan 6,145 jangkitan baharu wabak COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Anak pasang kunci basikal di leher ibunya, kemudian terlupa kod.
Pandora Papers baru-baru ini mendedahkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang serta pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lalu.
Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada Rabu ini (20 Okt) akan membincangkan isu prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap pendedahan Pandora Papers.
Pemilihan calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lagi ditentukan oleh presiden parti sahaja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami