MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 Oktober 2021.
Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Melaka adalah pada 8 Nov, sementara tarikh mengundi ialah 20 Nov, kata Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh
Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan menyokong keputusan kerajaan pusat untuk melancarkan dos ketiga dan suntikan penggalak COVID-19 kepada yang layak.
Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan mengenai kadar vaksinasi bagi membolehkan pelajar Tingkatan Lima ke sekolah tanpa penggiliran, kata Datuk Dr Radzi Jidin.
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan dia ke Singapura untuk melawat anak perempuannya.
Meskipun dikritik beberapa pihak berhubung kenyataan tegasnya terhadap golongan antivaksin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan tetap bertegas terhadap golongan yang enggan menerima vaksin COVID-19.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Warisan (Warisan) menafikan mengikut jejak ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yaacob meninggalkan parti itu.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membentangkan kertas cadangan mengenai satu prosedur operasi standard (SOP) am dan sembilan garis panduan berkaitan COVID-19 kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kurang bersetuju dengan pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Ummah amat merindui kepimpinan yang adil lagi saksama, kepimpinan yang berani menegakkan kebenaran dan tegas melaksanakan keadilan berlandaskan hukum, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami