awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah benar pelepasan sementara pasport untuk Najib ke Singapura

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2021
02:32 MYT
Mahkamah benar pelepasan sementara pasport untuk Najib ke Singapura
Pasukan pembelaan Najib memfailkan permohonan berkaitan pasport tersebut ke Mahkamah Rayuan, kerana rayuan bagi sabitan kes Ahli Parlimen Pekan itu sedang dibicarakan di situ. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan semula pasportnya untuk kegunaan sementara.
Ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu ke Singapura untuk melawat anak perempuannya yang dijangka akan melahirkan anak kedua tidak lama lagi.
Pasukan pembelaan Najib memfailkan permohonan berkaitan pasport tersebut ke Mahkamah Rayuan, kerana rayuan bagi sabitan kes Ahli Parlimen Pekan itu sedang dibicarakan di situ.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan pelepasan pasport berkenaan bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.
Kamaluddin berkata, mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapati terdapat alasan yang munasabah.
Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh pasport antabangsanya secara sementara untuk ke Singapura bagi tujuan sama.
BACA: Mahkamah benar pelepasan sementara pasport untuk Rosmah ke Singapura
BACA: Selepas Rosmah, Najib pula mohon pasport sementara ke Singapura
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#pasport
#Singapura
#Rosmah Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan