awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di 156 kawasan susulan insiden paip pecah

Bernama
Bernama
18/10/2021
16:00 MYT
Gangguan bekalan air di 156 kawasan susulan insiden paip pecah
Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menutup bekalan air pada 9 malam tadi bagi memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menutup bekalan air pada 9 malam tadi bagi memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar.
Menurut Air Selangor, pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Selain itu, pengguna turut dinasihatkan untuk mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki yang tiba.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.airselangor.com dan saluran komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram, selain pertanyaan dan aduan juga boleh disalurkan di talian 15300 atau Pusat Bantuan di aplikasi Air Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan air
#bekalan air
#Kuala Langat
#Sepang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan