KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kurang bersetuju dengan pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menerusi satu kenyataan media, Majlis Presiden PH turut kesal dengan kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bahawa hanya pengundi yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh keluar mengundi.
Majlis itu turut berpendapat, tindakan tersebut berkemungkinan melanggar Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan pemilih.
"Sungguhpun Pakatan Harapan menyokong penuh usaha pemberian vaksinasi kepada semua, ia tidak boleh dijadikan alasan tindakan diskriminasi ke atas mereka yang belum lengkap dua dos dan tindakan menghalang ini berkemungkinan tidak sah dari segi undang-undang.
"Kami menggesa pihak SPR untuk mengkaji semula pendirian silap ini, untuk memastikan semua warganegara yang layak menjadi pemilih berdasarkan Perlembagaan Persekutuan boleh keluar mengundi sekiranya PRN Melaka diteruskan," memetik kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau pada Isnin.
Malah, Majlis Presiden PH turut berpandangan bahawa waktu ini bukan masa paling sesuai untuk mengadakan PRN memandangkan penularan wabak COVID-19 baru menunjukkan trend penurunan, sektor-sektor ekonomi baru dibuka semula dan kerisauan berlakunya gelombang keempat.
"Kami turut risau jika PRN diteruskan, prosedur operasi standard (SOP) berkempen yang akan diguna pakai mungkin mewujudkan keadaan yang tidak adil atau berat sebelah bagi sesetengah pihak.
"Bagaimanapun, Pakatan Harapan akan meneruskan segala persiapan termasuk kemungkinan menghadapi PRN Melaka," memetik kenyataan itu.
Selain itu, majlis tersebut turut mengesahkan bahawa PH Melaka melalui Pengerusinya, Adly Zahari akan memfailkan satu injunksi mahkamah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Rabu ini.
"Satu sijil perakuan segera (certificate of urgency) telah turut difailkan agar perkara ini dapat disegerakan, memandangkan Notis Pembubaran DUN Melaka hanya dikeluarkan pagi tadi.
"Majlis Presiden menyokong penuh tindakan mahkamah yang diambil Pakatan Harapan Melaka," memetik kenyataan itu.
Selain itu, Majlis Presiden PH turut berpendirian bahawa pembubaran DUN Melaka telah dilakukan berdasarkan nasihat yang salah di mana Yang di-Pertua Negeri Melaka seharusnya mengikuti duluan di peringkat Persekutuan.
Mereka turut berpendirian bahawa Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak sepatutnya dinamakan sebagai Ketua Menteri sementara (caretaker) memandangkan beliau telah hilang sokongan majoriti sebelum pembubaran DUN Melaka berlaku.
Astro Awani
Mon Oct 18 2021
Menurut Majlis Presiden PH, waktu ini bukan masa paling sesuai untuk mengadakan PRN memandangkan penularan wabak COVID-19 baru menunjukkan trend penurunan. - Foto fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Isu subsidi, kos sara hidup: 'Umum dalam 24 jam atau letak jawatan!' - PH
Menurut kenyataan itu, keadaan rakyat dijangka akan bertambah parah apabila harga barang dilihat bakal meningkat.
Pengurusan bencana: PM digesa perjelas di Parlimen, tubuh RCI - Majlis Presiden PH
Wujud keperluan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk dalam melakukan pascanilai bencana tersebut.
PRN Melaka: Norhizam Hassan Baktee tidak dicalonkan - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH turut menegaskan bahawa isu pencalonan 4 ADUN itu dalam PRN tidak berbangkit di dalam mesyuarat hari ini.
PRN Melaka: Pakatan Harapan kurang bersetuju pengumuman SPR
Waktu ini bukan masa paling sesuai untuk mengadakan PRN memandangkan penularan wabak COVID-19 baru menunjukkan trend penurunan.
Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Pertemuan tersebut atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.
Perkembangan politik negara: DAP Perak serah pada Majlis Presiden PH
DAP Perak mahu fokus dalam membantu rakyat tatkala negara masih berdepan dengan ancaman penularan COVID-19, enggan ulas krisis politik.
Hilang keabsahan, Muhyiddin perlu letak jawatan secara terhormat - Majlis Presiden PH
Tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sebelum ini berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokongnya.
PH tolak cadangan Tun M tubuh MAGERAN
PH berkata cadangan itu bertentangan dengan prinsip mereka selaku parti yang menjunjung demokrasi berparlimen.
PM perlu panggil sidang Parlimen Mac ini - PH
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan segera menasihati Seri Paduka Baginda memanggil sidang Parlimen seawal Mac depan.
Majlis Presiden PH bincang kerjasama Anwar, Tun M
Difahamkan isu kerjasama dengan Mahathir dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.