MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 Oktober 2021.
Antara negeri terlibat ialah Melaka, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan melibatkan 359 keluarga.
Vaksin COVID-19: 80.2% populasi remaja terima satu dos, Malaysia antara terpantas - KJ
2. Kadar vaksinasi COVID-19 bagi populasi remaja yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos mencapai 80.2 peratus, setakat Khamis.
HKL menafikan dakwaan mesej yang menyatakan bahawa seorang Pakar Bedah HKL bernama Dr Shafawati meninggal dunia pada 3 Sept lepas akibat vaksin seperti yang tular di media sosial.
Teka-teki pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak masih belum terjawab susulan belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengikut arahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai pengendali tunggal sistem Visa Luar Negara (VLN) ke Malaysia di China.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menegaskan, tidak menjadi sebarang masalah bagi polis menerima sumbangan pelindung muka daripada pertubuhan Freemason.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun dan isteri, Datin Siti Munajat Md Ghazali disahkan positif COVID-19.
Kerajaan telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi membenarkan pelancong antarabangsa bercuti di Pulau Langkawi, bermula 15 November ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami