ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 Oktober 2021.

1. Vaksin COVID-19: Kanak-kanak 5-12 tahun akan diberi suntikan Pfizer - KJ

Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

2. 'Saya #TeamSSP' - KJ terima dos ketiga, akan umum suntikan penggalak kepada penerima AZ

Khairy Jamaluddin terima dos penggalak Pfizer selepas dua dos Sinovac, meyakinkan orang ramai kaedah pemberian vaksin campuran.

3. PM lancar Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia sebagai sebuah badan berperanan membantu golongan mahasiswa yang memerlukan.

4. PRN Melaka: Faedah akan mengatasi kos, andai segalanya selamat dan lancar - Penganalisis

Ekonomi Melaka bakal menerima suntikan galakan daripada penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan merancakkan pelbagai sektor di negeri itu, kata penganalisis ekonomi, Prof Madya Mohd Yusof Saari.

5. PRN Melaka: Pembangkang sebulat suara setuju guna logo PH

Pakatan Harapan sebulat suara memutuskan untuk menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri Melaka, bulan depan, kata Pengerusinya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

6. Bajet 2022: Penjawat awam terima bantuan khas kewangan RM700, pesara RM350

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 Nov ini hingga 30 April 2022.

7. Bajet 2022: KPM terima peruntukan terbesar, kerajaan sedia Bantuan Awal Persekolahan RM150

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan dalam Bajet 2022.

8. Bajet 2022: Kerajaan bentang belanjawan berjumlah RM332.1 bilion, tertinggi dalam sejarah

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.

9. Bajet 2022: RM150 akan dikredit ke akaun e-dompet belia

Kerajaan akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun menerusi program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang akan bermula tahun hadapan.

10. Bajet 2022: Nak bayar balik PTPTN? Diskaun sehingga 30 April 2022

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 Nov ini hingga 30 April 2022.