ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 November 2021.

1. Agenda Nasional Malaysia Sihat bantu Keluarga Malaysia hadapi fasa endemik COVID - PM

ANMS bertujuan membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan Keluarga Malaysia.

2. Johor mohon pelaksanaan VTL darat seiring VTL udara

Kerajaan negeri Johor memohon agar pembukaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) darat antara Malaysia dan Singapura dibuka bersama dengan VTL udara, 29 Nov ini.

3. Takiyuddin tidak hadir Parlimen, disahkan positif COVID-19

Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, positif COVID-19.

4. Bulu binatang, najis tikus bertaburan di kilang kicap dan roti

Bukan saja kotor malah bulu binatang, ranting kayu dan daun kering ditemui di dalam bekas pemerapan soya di sebuah kilang memproses kicap di Bagan Lebai Tahir di sini, semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) hari ini.

5. Astro Radio cecah 15.6 juta pendengar mingguan, tertinggi dalam negara

Astro Radio mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali radio tempatan yang mempunyai pendengar tertinggi dalam negara apabila merekodkan jumlah pendengar sebanyak 15.6 juta secara mingguan.

6. 'Squid Game' ungguli carta teratas Netflix untuk hari ke-47

Siri sensasi Korea Selatan "Squid Game" kembali ke kedudukan No. 1 carta rancangan TV Netflix paling popular untuk tempoh paling lama, lapor Agensi Berita Yonhap.

7. PRN Melaka: "Calon Ketua Menteri dari Perikatan Nasional? Biarlah jadi misteri..." - Wan Saiful

Perbincangan untuk menentukan siapa calon Ketua Menteri Melaka dari Perikatan Nasional (PN) telah berlangsung, namun identitinya biarlah terus menjadi misteri, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan. 

8. PRN Melaka: 'Saya bukan naga, buaya, singa atau harimau' - Ab Rauf

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyangkal pandangan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai 'naga, buaya, singa atau harimau' di Melaka, sebaliknya beliau melihat dirinya sekadar seorang yang 'humble' kepada parti.

9. Vaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun bermula tahun depan - KKM

Pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022.

10. PRN Melaka: 'Jika saya tidak bertanggungjawab, sudah pasti Malaysia hadapi PRU' - Muhyiddin 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mendedahkan beliau mempunyai pilihan untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) sewaktu berhadapan dengan krisis politik awal tahun ini.