KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech kepada kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun akan bermula pada 2022.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan buat masa ini, hanya vaksin itu yang tersedia bagi kegunaan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan sedang menunggu kelulusan regulatori daripada Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.
"Pihak Pfizer juga dijangka mengemukakan data berkaitan pendaftaran penggunaan vaksin untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun pada penghujung tahun ini kepada NPRA (Agensi Regulatori Farmasi Negara) untuk penilaian dan kelulusan pendaftaran," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Menurut kementerian itu, kerajaan kini dalam proses memperoleh vaksin Pfizer BioNTech untuk kegunaan imunisasi bagi golongan itu memandangkan formulasi yang digunakan berbeza daripada populasi dewasa, tertakluk kepada kelulusan NPRA dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
"Adalah dijangkakan seramai 5.9 juta kanak-kanak akan divaksinasi melibatkan anggaran keperluan kuantiti sebanyak 11.8 juta dos," menurut kementerian itu.
Perkara itu dijelaskan bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang ingin tahu sama ada KKM berhasrat memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun serta jangkaan ia dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Kerajaan kini dalam proses memperoleh vaksin Pfizer BioNTech untuk kegunaan imunisasi bagi kanak-kanak. - Gambar/ AP
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Lebih 160,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,368,326 kanak-kanak dalam kumpulan 5 hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lebih 132,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,860,287 individu atau 91.9 peratus lengkap divaksinasi.
PICKids: 1.34 juta kanak-kanak sudah terima vaksin
Sehingga Ahad, 38 peratus kumpulan berkenaan telah menerima dos pertama manakala 0.4 peratus sudah mula mendapatkan dos kedua.
Pastikan kanak-kanak divaksin, elak komplikasi MIS-C
Ibu bapa diminta agar memastikan anak-anak mereka divaksin bagi mengelakkan komplikasi serius akibat COVID-19 seperti Sindrom Keradangan Multisistem Dalam Kanak-Kanak (MIS-C).
KKM sasar 50 peratus kanak-kanak terima vaksin COVID-19 sebelum persekolahan bermula
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyeru ibu bapa segera membawa anak masing-masing menerima suntikan vaksin tersebut.
Pengetua, guru besar mengadu sikap segelintir ibu bapa enggan benar anak divaksin
Sesi penerangan secara saintifik dengan menggunakan data Kementerian Kesihatan (KKM) perlu diperbanyak oleh pihak berwajib bagi menangani isu vaksinasi dalam kalangan murid sekolah dan ibu bapa.
Tempahan janji temu PICKids dibuka di seluruh negara 7 Mac
Sistem tempahan janji temu untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) menerusi aplikasi MySejahtera dibuka di seluruh negara pada 7 Mac ini.
Lebih 600,000 kanak-kanak di Malaysia telah divaksin
Sejumlah 14,274,843 individu atau 60.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19.
Pulau Pinang mula vaksinasi kanak-kanak komorbid, berisiko tinggi esok
Setakat ini hanya dua lokasi ditetapkan untuk pemberian vaksin kepada golongan itu.
Vaksinasi untuk kanak-kanak bukan satu uji kaji - Dr Megat Amirul Amzar
Dr Megat Amirul Amzar menjelaskan kajian terhadap COVID-19 dan vaksin yang dihasilkan sentiasa dilakukan berdasarkan data-data sedia ada.