ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 November 2021.

1. Exco Melaka diumumkan minggu depan - Sulaiman

Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan.

2. Kebajikan, kemajuan ekonomi agenda utama kerajaan baharu Melaka - PM

Kebajikan dan kemajuan ekonomi negeri Melaka menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan baharu yang akan terbentuk nanti.

3. Tiga jajahan di Kelantan alami gangguan bekalan air esok

Tiga jajahan di Kelantan bakal mengalami gangguan bekalan air melibatkan kira-kira 32,018 akaun pada Isnin.

4. PRN Melaka: Zahid dan Ab Rauf dikompaun RM10,000 langgar SOP

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh masing-masing dikompaun RM10,000 berikutan pelanggaran SOP Pencegahan COVID-19 Bagi Pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15.

5. 251,012 murid di Kedah mulakan persekolahan bersemuka hari ini

Sejumlah 251,012 murid dan pelajar dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah hari ini memulakan hari pertama persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran selepas negeri ini beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

6. Jangkitan baharu menurun, 4,854 kes direkodkan

Kes jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya dengan 4,854 direkodkan.

7. Selamat jalan Ole Gunnar Solksjaer

Selepas menerima pelbagai kecaman dan tekanan, Manchester United akhirnya bertindak untuk memecat Ole Gunnar Solksjaer sebagai pengurus pasukan.

8. PRN Melaka: Tahniah BN, terima kasih PM dan Tok Mat - Nazri

Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kerana peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

9. COVID-19: Sistem amaran berisiko tinggi kesan peningkatan kes akan diperkenal - Khairy

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan Sistem Amaran Berisiko Tinggi bagi mengesan tanda-tanda awal peningkatan kes COVID-19 dalam negara.

10. PRN Melaka: 'Tidak ada salahnya saya angkat sumpah segera kerana jadual ketat' - Sulaiman

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menjelaskan bahawa tindakannya untuk mengangkat sumpah secara mengejut awal pagi Ahad disebabkan jadualnya yang ketat.