Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 26, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 November 2021.
1. Tanah runtuh: Laluan ke Pos Yum ditutup
Laluan A300, Jalan Utama Pos Beswok yang menghubungkan masyarakat orang asli Pos Yum, di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selepas berlaku tanah runtuh akibat kegagalan cerun.
2. KKM terima 93 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima 93 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 bagi kes kesan tindak balas vaksinasi (AEFI), setakat semalam.
3. Mohd Rafiq umum letak jawatan dalam Bersatu, PN Melaka
Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen umum meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkuat kuasa serta-merta.
4. Indeks Harga Pengguna meningkat 2.9 peratus - Mohd Uzir
Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat pada Oktober sebanyak 2.9 peratus kepada 123.7 berbanding 120.2 pada bulan sama tahun sebelumnya.
5. COVID-19: Menurun sedikit, 5,501 kes baharu dilaporkan
Kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan kepada 5,501 kes untuk tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,614,480 kes setakat ini.
6. Belanjawan Selangor 2022: Peruntukan Ahli Dewan Pembangkang dinaikkan kepada RM400,000
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan Ahli-ahli Dewan Negeri pihak pembangkang dinaikkan sehingga RM400,000 bagi tahun 2022.
7. Kematian Dr Chai bukan kerana dos penggalak vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham
Kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Chai Koh Meow disahkan akibat penyakit jantung koronari (hemopericardium) dan myocardial infarction, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
8. COVID-19: Labuan kini kembali jadi zon merah
Labuan merekodkan 159 kes COVID-19 dengan dua kluster aktif, sekali gus menukar status pulau bebas cukai ini kepada zon merah berkuat kuasa hari ini.
9. Harga sayur melonjak, pekebun dakwa kekurangan pekerja asing jadi punca
Pembekuan pengambilan pekerja asing di semua sektor yang masih dikuatkuasakan kerajaan sehingga kini dikatakan menjadi antara punca utama harga sayur di pasaran melonjak.
10. 'Episod paling sukar dalam sejarah politik urus pandemik COVID-19' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan memegang tampuk pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri dalam tempoh pandemik COVID-19, merupakan suatu episod yang paling sukar dalam sejarah hampir 50 tahun kerjaya politiknya.
#berita pilihan #berita tempatan #Berita Harian #berita Malaysia #Berita AWANI