awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ASUS mungkin hasilkan memori sendiri untuk kekalkan harga peranti
Najib bukan orang kampung hingga boleh dikelirukan pengurusan 1MDB - Hakim
ChatGPT mula uji paparan iklan, langkah persediaan jana pendapatan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Menurun sedikit, 5,501 kes baharu dilaporkan

Fareez Azman
Fareez Azman
26/11/2021
10:43 MYT
COVID-19: Menurun sedikit, 5,501 kes baharu dilaporkan
Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 2,614,480 kes setakat ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 mencatatkan penurunan kepada 5,501 kes untuk tempoh 24 jam yang lalu berbanding semalam yang mencatatkan 6,144 kes baharu.
Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,614,480 kes setakat ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitternya hari ini.
Pada 26 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,501 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,614,480 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/ylg7nOEgRY
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 26, 2021
Daripada jumlah kes itu, sebanyak 5,476 kes tempatan manakala 25 kes import melibatkan 13 warganegara dan 12 bukan warganegara.
Sementara itu, sebanyak 6,664 jumlah kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,516,693 kes bersamaan 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Dalam pada itu, sebanyak 519 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dicatatkan, 267 daripadanya memerlukan alatan bantuan pernafasan.
KKM jelas Dr Noor Hisham turut mengesan tujuh kluster baharu menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 236 kluster.
Daripada jumlah kes baharu, sebanyak 98.6 peratus bersamaan 5,423 kes merupakan pesakit kategori 1 dan 2 manakala 1.4 peratus bersamaan 78 kes adalah kategori 3,4 dan 5.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#kes baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan