ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Disember 2021.

1. 71 pelajar, dua guru di SSP dikesan positif COVID-19 - KJ

Ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.

2. Tiada perjalanan rasmi ke luar negara, 3 Duta Khas terima emolumen RM27,227.20

Mereka juga ditawarkan beberapa kemudahan lain seperti kemudahan telefon bimbit, kenderaan, pemandu dan pejabat.

3. BNM, semua bank di Kuala Lumpur beroperasi seperti biasa esok - BNM

Urus niaga pasaran kewangan dalampasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter akan terus beroperasi.

4. Video tular kerajaan tidak bertanggungjawab isu kenaikan harga, dimanipulasi - Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam menangani isu kenaikan harga barangan.

5. COVID-19: 5,806 kes baharu dilaporkan dengan 49 kematian

Setakat tengah malam tadi, data COVIDNOW melaporkan pertambahan kadar kematian sebanyak 49 kes dengan angka kumulatifnya sebanyak 30,474 kes.

6. Dakwaan kes buli di kem tentera, 'DM saya terus jika benar' - Hishammuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa individu yang mendakwa wujud kes buli dan pemerasan wang di sebuah kem tentera agar terus membuat aduan dengan segera.

7. Parlimen: KL dah macam London, banyak nama Inggeris - Mohamed Nazri

Kuala Lumpur kini ibarat London kerana banyak nama jalan dan bangunan di ibu negara itu menggunakan Bahasa Inggeris, dan tidak banyak menggunakan Bahasa Melayu.

8. Kenderaan tertimbus dalam insiden tanah runtuh jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini petang tadi.

9. 9 guru, pelajar di 2 MRSM di Kedah, Perak disah positif COVID-19

Tiga guru dan enam pelajar masing-masing di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan MRSM Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar disahkan positif COVID-19.

10. Perarakan kemenangan KL City FC dibatalkan - Annuar Musa

Warga kota terpaksa melupakan hasrat untuk meraikan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC yang menjuarai Piala Malaysia 2021, apabila perarakan kemenangan dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan orang ramai.