KUALA LUMPUR : Sebanyak 5,806 kes baharu COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak penularan wabak itu di negara ini kepada 2,644,027.

Setakat tengah malam tadi, data COVIDNOW melaporkan pertambahan kadar kematian sebanyak 49 kes dengan angka kumulatifnya sebanyak 30,474 kes. 

Jumlah itu juga termasuk dengan 12 kes kematian brought-in-death (BID). 

Sebahagian besar kes yang dilaporkan bagaimanapun masih melibatkan pesakit Kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 98.2 peratus. 

Manakala selebihnya, 1.8 peratus atau bersamaan 103 kes terdiri daripada pesakit Kategori 3,4,dan 5. 

Sementara itu Unit Rawatan Rapi (ICU) sedang menempatkan seramai 511 kes dan daripada jumlah itu juga, 266 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Sementara itu, jumlah kes sembuh masih melaporkan angka yang lebih tinggi iaitu 7,246 kes menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 2,551,253 kes.