ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Disember 2021.

1. Hubungan baik kerajaan Pusat, negeri penting untuk kelangsungan projek rakyat - PM

Perubahan sesebuah kerajaan, baik Pusat mahupun negeri, akan memberi kesan besar kepada agenda pembangunan. 

2. Muafakat Nasional bukan ditubuh dengan matlamat disertai Bersatu - Tok Mat

“UMNO tidak pernah mungkir pada piagam Muafakat Nasional (MN) dan ia tidak ditubuhkan dengan matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mesti menjadi sebahagian daripadanya.” Itu reaksi balas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan 

3. Dua ADUN positif COVID-19, sidang DUN Kelantan tangguh

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan terpaksa ditangguhkan susulan ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disahkan positif COVID-19. 

4. Kerajaan akan teruskan pembinaan Fasa 2 Pan Borneo, 'missing link' - PM

Kerajaan akan meneruskan pembinaan Fasa 2 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dari Limbang ke Lawas selepas dihentikan Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.

5. Jenazah Allahyarham Sabbaruddin Chik selamat dikebumikan

Jenazah bekas menteri Kabinet, Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira kira jam 10.40 pagi Ahad.

6. Piala AFF Suzuki: Dua pemain Malaysia positif COVID-19

Tiga pemain, yang mana dua daripadanya merupakan pemain Malaysia yang terlibat dalam perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2021 menentang Kemboja esok, diidapati positif COVID-19.

7. Lokasi MH370 akhirnya ditemukan?

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 sejak 8 Mac 2014 kembali hangat diperkatakan setelah seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat itu.

8. Tindakan tegas buat anggota, pegawai PDRM cemar imej di 'Tik Tok' - Timbalan KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan aksi keterlaluan di platform media sosial.

9. Ibu kandung, kekasih disyaki dera anak hingga maut direman seminggu

Seorang wanita dan kekasihnya direman seminggu selepas disyaki mendera hingga menyebabkan kematian anak kandung lelakinya yang berusia lima tahun di sebuah rumah di Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri, Jumaat lepas.

10. Dipaksa cerai isteri pertama, suami Nora jawab dakwaan

Ketika sedang meraikan musim yang indah selepas bergelar isteri, ujian datang menghimpit penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr Rushdi Ramli.