ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Disember 2021.

1. 500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM

Seramai 500,257 pencari kerja telah berjaya mendapat peluang pekerjaan melalui 27 inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan setakat 3 Disember lalu. 

2. SPRM sahkan seorang pegawai ditahan polis terlibat kes jenayah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini. 

3. PRN Sarawak: Presiden PBK dipanggil SPRM

Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan ketika ini sedang diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

4. Harga barang dijangka kembali stabil awal tahun depan - PM

Harga barang yang meningkat kini dijangka kembali stabil pada awal tahun depan setelah lebih banyak negara mula membuka sektor ekonomi masing-masing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

5. COVID-19: Kes baharu menurun kepada 3,490, 31 lagi kematian

Malaysia mencatatkan 3,490 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam (Sabtu) yang melaporkan sebanyak 4,624 kes.

6. 'Najib mungkin buat kemunculan semula sebagai PM' - Tun Mahathir

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang disabitkan dengan kesalahan atas pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd akan membuat kemunculan semula sebagai perdana menteri.

7. Selepas kutip RM109 juta, diskaun saman trafik dilanjutkan sehingga 31 Disember - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan perkara tersebut berkata, pelanjutan itu adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik melunaskan saman tertunggak mereka.

8. Kes buli: KPM kaji cadangan wujud jawatan warden asrama sepenuh masa

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji cadangan untuk mewujudkan jawatan warden sepenuh masa di sekolah berasrama bagi menangani pelbagai masalah termasuk kes buli.

9. Tiada plot jatuhkan Najib Razak - Shafie Apdal

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menafikan terdapat plot atau perancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak semasa pemerintahannya sebagai perdana menteri.

10. Piala AFF Suzuki: Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Vietnam

Skuad Harimau Malaya tewas 3-0 kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.