ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Disember 2021.


1. Amaran hujan berterusan di 8 negeri, tahap bahaya di Kemaman, Kuantan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada melibatkan lapan negeri hari ini.



2. UMT terima sampel 'muntah ikan paus' untuk analisis

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan membuat analisis terhadap objek yang didakwa muntah ikan paus atau ambergris yang dijumpai seorang wanita di Marang, baru-baru ini.


3. Bukan lagi isu taboo, 1,730 remaja perempuan berdepan kemiskinan haid

Seramai 1,730 orang remaja perempuan di negeri ini menghadapi masalah kemiskinan haid, yang merujuk kepada maksud tidak mampu memiliki tuala wanita akibat faktor kewangan.


4. Karya Alena Murang, 'Warrior Spirit' menang Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Buenos Aires

Penyanyi dan pemain muzik sape terkemuka, Alena Murang sekali lagi melakar sejarah apabila memenangi Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Festival Muzik Video Buenos Aires (BAMV Fest) pada Jumaat.


5. COVID-19: 4,362 kes baharu, 37 kematian dilaporkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif di negara ini sejak pandemik itu melanda kepada sebanyak 2,711,764 kes.


6. 'Jika UMNO, PKR, Pas boleh bertanding di Sabah, kenapa tidak Warisan di Semenanjung' - Mohd Shafie

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata Warisan tidak gentar untuk meletakkan calon daripada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Semenanjung Malaysia.


7. Korban pertama banjir di Pahang, lelaki lemas dihanyut arus bersama motosikal

Seorang lelaki yang hilang selepas dihanyutkan arus bersama motosikalnya ditemui lemas di kawasan ladang sawit yang dilanda banjir berhampiran Jalan Pulau Manis-Gambang, di Kuantan, pada Jumaat.


8. Tun Mahathir masih di IJN, jalani pemeriksaan lanjut

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pada Khamis sedang menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan yang dijangka mengambil masa beberapa hari lagi.


9. Lanjutan moratorium dua tahun bagi golongan B50 di bawah program URUS - PM

Peminjam bagi kategori B50 di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dapat menikmati lanjutan moratorium untuk dua tahun lagi.

10. Banjir kilat di Pelabuhan Klang, air naik hampir satu meter

Hujan lebat sejak jam 6 petang pada Jumaat, menyebabkan beberapa kawasan termasuk laluan utama di Pelabuhan Klang dilanda banjir kilat.