ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Disember 2021.


1. Banjir: Luruan monsun punca taburan hujan tinggi, jarang berlaku - Zaini

Banjir teruk yang melanda beberapa negeri ketika ini disifatkan berpunca daripada luruan monsun atau 'monsoonal surge' yang membawa taburan hujan yang sangat tinggi.



2. 13 loji rawatan air Pahang tidak dapat beroperasi, hampir 54,000 akaun terjejas

Sebanyak 13 Loji Rawatan Air (LRA) di lima daerah di Pahang tidak dapat beroperasi akibat terkesan dengan kejadian banjir yang kini sedang melanda diseluruh Pahang.


3. [LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir 2021: Tragedi di Selangor ragut 11 nyawa 

Tiga lagi mangsa banjir meninggal dunia dipercayai akibat lemas pada Isnin, menjadikan sejumlah empat individu terkorban setakat ini.


4. [LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh: Saksi nampak arus deras setinggi tiga tingkat

Empat buah rumah di Kampung Sungai Penchala, Petaling Jaya dilapor tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi tadi.


5. 181 kes positif COVID-19 dikesan di PPS, KKM tingkat kesiapsiagaan - Khairy

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 181 kes positif COVID-19 hasil saringan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di enam negeri di Semenanjung.


6. Ibarat sebuah keluarga, rakyat Malaysia berganding bahu hadapi musibah

Musibah banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Selangor sejak Sabtu mendorong pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang perseorangan untuk bersatu di bawah semangat Keluarga Malaysia dalam menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.


7. Banjir: Rumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air

Pelakon dan pelawak Ebby Yus reda dengan ketentuan Allah apabila rumahnya musnah dihanyutkan air deras dalam bencana banjir di Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.


8. Maybank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di seluruh negara

Maybank menawarkan Bantuan Banjir kepada pelanggan individu, PKS dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir besar susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.


9. "Saya cuba untuk segera pulang dari luar negara" - Ahli Parlimen Hulu Langat jawab tanda tanya 'kehilangannya'

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus mempertahankan tindakan beliau berada di luar negara ketika kawasannya teruk dilanda banjir.


10. BNM umum Kemudahan Bantuan Bencana 2022 untuk PMKS terjejas banjir

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.