ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Disember 2021.
1. Bukan sekadar 'posing', Rina Harun sedang cuci kesan najis - JKM perjelas isu tular
JKM memperjelas isu tular yang mendakwa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu hanya 'berposing' mencuci simen bersih ketika terlibat dalam operasi pasca bencana banjir pada Ahad.
2. 128 pelajar UIAM diarah kosong bangunan asrama
Seramai 128 pelajar lelaki UIAM Gombak diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di kawasan bangunan tersebut.
3. Dira dilantik Timbalan Speaker wanita pertama DUN Melaka
Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama DUN Melaka Ke-15 hari ini menyaksikan veteran politik yang juga bekas ADUN Datuk Ibrahim Durum dilantik sebagai Speaker DUN.
4. Tiada bukti pergerakan tanah dikesan di pangsapuri Sri Duta 1 - Polis
Tiada bukti pergerakan tanah di pangsapuri Sri Duta 1 di Taman Duta dikesan setakat ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.
5. COVID-19: 2,757 kes baharu, dua hari berturut-turut bawah 3,000
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, angka terbaharu itu menyaksikan jumlah kumulatif kes di negara kini sebanyak 2,743,936 kes.
6. Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Sindiket pemprosesan ketum yang diketuai bekas penjawat awam lebih empat tahun lalu, tumpas dalam tiga serbuan berasingan. Serbuan pada 22 Disember dan malam tadi, di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
7. Setulus hati Azwan Omar, Viva pinjam dan enjin bot kawan: "Di mana ada banjir, di situ ada saya"
Seorang operator mesin untuk bina jalan di sebuah syarikat ini mempunyai sekeping hati dan jiwa yang luar biasa besar dalam kehidupannya demi membantu manusia lainnya.
8. Banjir: Pekan Kajang dinaiki air, Sungai Langat cecah paras bahaya
Menurut laman web Public InfoBanjir, paras air Sungai Langat di Kajang telah melepasi paras bahaya dengan trend aliran air terus meningkat. Hujan juga dikategorikan sebagai tahap lebat dengan taburan sebanyak 38mm setakat jam 5.45 petang Isnin.
9. Pas perjalanan My50 ganti My30 bermula 1 Jan 2022 - Ka Siong
Penggunaan pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan, My50 bagi perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Lembah Klang akan bermula 1 Jan depan.
10. 'MyPrice Dashboard' pantau harga barangan keperluan terpilih
Perubahan harga harian barangan keperluan terpilih kini boleh dipantau melalui MyPrice Dashboard.