ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Januari 2022.
1. [LAPOR LANGSUNG] Paras sungai tahap bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Penduduk di lima negeri iaitu Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa berikutan paras air di beberapa sungai di negeri-negeri tersebut masih di tahap bahaya.
2. Mayat terakhir tragedi bot karam di perairan Batu Payung ditemui
Mayat terakhir melibatkan mangsa tragedi perahu karam di perairan Batu Payung, Rahena Muhaimin, 20, ditemukan di selatan perairan Membalua di sini, jam 8.37 pagi tadi.
3. Banjir: Sultan Ibrahim, anakanda berkenan lawat mangsa di PPS
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai di Kota Tinggi, hari ini.
4. Lucut hak RM16 juta, keluarga Abdul Azeez fail representasi
Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin dimaklumkan bahawa, ahli keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan syarikat mereka memfailkan representasi berhubung permohonan kerajaan untuk melucut hak hampir RM16 juta, pada November lalu.
5. Mengaku suka adik rakan serumah, lelaki maut ditikam
Seorang lelaki warga India maut dipercayai ditikam rakan serumahnya dalam pergaduhan di sebuah rumah di Taman Happy Jalan Pantai Batu 1, Port Dickson dekat sini awal pagi tadi.
6. Banjir: Tidak boleh keluar KWSP, mangsa perlu diberi bantuan RM5,000 hingga RM10,000 - Anwar
Kerajaan digesa memberikan bantuan berjumlah RM5,000 hingga RM10,000 kepada setiap mangsa banjir mengikut keadaan serta kesan kerugian yang dialami.
7. Banjir: Kerajaan cadang tambah siren dilengkapi amaran suara - PM
Kerajaan bercadang menambah jumlah siren yang dilengkapi amaran suara di lokasi-lokasi berisiko berlakunya bencana banjir untuk mengarahkan penduduk berpindah.
8. 'Saya tidak jadi 'kambing hitam' - Cheng Hoe
Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan dakwaan bahawa dirinya dijadikan sebagai kambing hitam sehubungan keputusannya melepaskan jawatan penting itu.
9. Institusi pendidikan terjejas banjir, jadi PPS, dibuka selepas sedia beroperasi - KPM
Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang terkesan akibat banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) hanya akan dibuka semula setelah ia sedia untuk beroperasi.
10. Isu Azam Baki: Perdana Menteri tidak boleh terus berdiam diri - Gobind Singh
Ahli Parlimen pembangkang menggesa Perdana Menteri supaya tidak terus mendiamkan diri dalam isu membabitkan dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.