ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Mac 2022.

1. PRN Johor: Undi awal berjalan lancar walaupun hujan

Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 1,377 anggota pelbagai cawangan serta pasangan dijadual mengundi di pusat pengundian awal DUN Stulang.

2. 50 peratus pembeli rumah PR1MA adalah golongan muda - Reezal Merican

ebanyak 50 peratus atau 17,543 pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di seluruh negara terdiri daripada golongan muda yang berusia 25 hingga 35 tahun setakat Disember lalu..

3. COVID-19: 26,856 kes baharu, 99.3 peratus kategori 1 dan 2

Jumlah kes positif harian COVID -19 negara menunjukkan sedikit penurunan apabila sebanyak 26,856 kes dilaporkan semalam.

4. Runtuhan batu kuari: Pergerakan tanah dikhuatiri masih berlaku

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesan masih terdapat pergerakan tanah di kawasan runtuhan batu kapur di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh.

5. Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 April ini - Perdana Menteri

Lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan COVID-19, kerajaan akhirnya mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April depan.

6. Had kapasiti pekerja, majlis keramaian dimansuhkan - Ismail Sabri

Memasuki fasa peralihan endemik, had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, perkara yang sama juga akan diguna pakai untuk aktiviti keramaian dan sosial termasuk kenduri kahwin.

7. Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau, rumah ibadat lain bermula 1 April - Perdana Menteri

Bermula 1 April 2022, aktiviti solat jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

8. Had waktu operasi premis perniagaan dimansuh bermula 1 April - Perdana Menteri

Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April, 2022, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pemilik premis dibolehkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.

9. PRN Johor: Najib yakin gelombang 'Bossku' berjaya diterjemah 12 Mac ini

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak mengharapkan semangat gelombang ‘Bossku’ yang dipamerkan pada siri jelajahnya sepanjang tempoh berkempen pada Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diterjemahkan pada hari pengundian 12 Mac ini.

10. Pembelaan Rosmah dalam kes rasuah hanya penafian semata-mata, kata pendakwaan

Pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek tenaga solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak adalah penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan dalam kes itu, kata pihak pendakwaan.