awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau, rumah ibadat lain bermula 1 April - Perdana Menteri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
08/03/2022
10:25 MYT
Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau, rumah ibadat lain bermula 1 April - Perdana Menteri
PM Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat susulan pengumuman bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bermula 1 April 2022, aktiviti solat jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat susulan pengumuman bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan.
Menurutnya, isu tersebut merupakan isu besar yang sering diperkatakan rakyat terutamanya membabitkan 'rapatkan saf' ketika solat jemaah.
“Jadi imam selepas ini boleh mengatakan rapatkan saf kerana kita tidak lagi menetapkan perlu ada satu meter penjarakan sosial.
“Walau bagaimanapun, oleh kerana di dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan agama Islam terletak di bawah kuasa negeri, di bawah kuasa Sultan di negeri-negeri, walaupun saya sebutkan tiada penjarakan fizikal lagi, itu adalah cadangan daripada Kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Sidang Media Khas Perdana Menteri I 8 Mac 2022
“Kalau kerajaan negeri ingin menetapkan, Majlis Agama Negeri tetapkan perlu ada penjarakan fizikal, kita serahkan kepada kerajaan negeri kerana mereka ada hak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya pada sidang media khas di Parlimen pada Selasa.
Turut hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Tiada penjarakan saf solat jemaah - Ismail Sabri
Dalam pada itu, Ismail Sabri merakamkan penghargaan kepada Keluarga Malaysia yang cekal, tabah, kuat semangat dan berdisiplin dalam mematuhi SOP serta menyokong setiap inisiatif kerajaan dalam memerangi COVID-19.
“Tanpa sumbangan Keluarga Malaysia, negara tidak akan boleh beralih ke Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’.
“Saya juga berterima kasih kepada semua Menteri Kuartet COVID-19 yang diketuai Datuk Seri Hishammuddin Hussein atas usaha keras mereka demi memastikan usaha negara untuk ‘Reopening Safely’ khususnya untuk melangkah ke Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
“Perincian fasa peralihan ke endemik dan pembukaan sempadan akan dimaklumkan oleh menteri-menteri kuartet dalam masa terdekat ini.
“Tidak lupa juga kepada semua menteri, menteri-Menteri besar, ketua-ketua menteri, dan setiap kementerian yang telah memainkan peranan dengan sangat baik dalam usaha menjayakan setiap strategi kerajaan demi memerangi COVID-19,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#penjarakan fizikal
#masjid dan surau
#kebenaran rapat saf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan