awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had kapasiti pekerja, majlis keramaian dimansuhkan - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/03/2022
09:59 MYT
Had kapasiti pekerja, majlis keramaian dimansuhkan - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob memberitahu, had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi adalah dimansuhkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Memasuki fasa peralihan endemik, had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, perkara yang sama juga akan diguna pakai untuk aktiviti keramaian dan sosial termasuk kenduri kahwin.
"Berhubung keperluan vaksinasi, had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan. Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.
"Jadi tidak timbul ada dos penggalak atau tiada, begitu juga dengan pekerja yang sebelum ini dihadkan kepada jumlah. Sekarang tiada had dan tidak lagi perlu bergantung kepada vaksin," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, pada Isnin.
[TERKINI] Sidang Media Khas Perdana Menteri I 8 Mac 2022
BACA: COVID-19: Malaysia beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022 - Perdana Menteri
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, had kapasiti 50 peratus yang ditetapkan untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai juga dimansuhkan.
"Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh.
"Dengan peralihan ke fasa endemik ini, had tersebut dimansuhkan secara menyeluruh, bermakna tiada lagi ada had 50 peratus tetapi penjarakan fizikal perlu dijaga.
"Kalau majlis kenduri, sebelum ini di ballroom kita hadkan (kapasiti) kepada 50 peratus, sekarang kita mansuhkan had tersebut. Tetapi perlu ada penjarakan fizikal yang munasabah dalam dewan tersebut," kata beliau.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#dos penggalak
#vaksin
#penjarakan fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan