ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Mac 2022.
1. Usah lalai menang di Johor, BN perlu fikir strategi menang PRU - Annuar
Barisan Nasional (BN) tidak boleh leka dengan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya perlu memikirkan strategi dan langkah seterusnya untuk melakar kejayaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
2. Jawatankuasa Pemilihan KOM tolak rayuan Hup Wei ke Hanoi
Hasrat atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei untuk mempertahankan pingat emas di Sukan SEA Hanoi pada Mei depan tidak kesampaian apabila rayuannya ditolak Jawatankuasa Pemilihan Kesatuan Olahraga Malaysia.
3. Analisis: Pembukaan semula Malaysia perlu, namun apa 'harganya'?
Bermula 1 April ini, Malaysia akan dibuka semula hampir sepenuhnya yang menyaksikan antara lain pelawat lengkap vaksinasi dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin, sementara had waktu operasi perniagaan yang dikenakan sebelum ini ditarik balik.
4. Amalan kitar semula masih rendah, halangan capai sasaran 40 peratus menjelang 2025
Selepas hampir tiga dekad kempen kitar semula dicanang di negara ini dalam usaha memastikan 40 peratus sisa buangan dapat digunakan semula pada 2025, ternyata sambutan masyarakat terhadap inisiatif itu masih rendah.
5. Polis Singapura jelaskan bantuan kepada PDRM berhubung 1MDB
Polis Singapura berkata pihaknya telah memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan setiap permohonan yang dibuat berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk siasatan berhubung Datuk Tawfiq Ayman.
6. PRU15: Beri masa sehingga kesihatan awam stabil - Khairy
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berpandangan keadaan kesihatan awam di negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.
7. PRN Johor: Muhyiddin tidak perlu letak jawatan - Pas
Tiada keperluan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) susulan prestasi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.
8. Polis tahan penjenayah pandu secara berbahaya, rempuh gerai di Titiwangsa
Seorang lelaki yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau ditahan selepas cuba melarikan diri dengan memandu secara berbahaya di Jalan Ayer Embun, Titiwangsa di sini, tengah malam tadi.
9. Adakan PRU jika BN sudah sedia - Annuar
Barisan Nasional (BN) perlu benar-benar sudah bersedia selain mendapat sokongan majoriti rakyat untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.
10. Polis klasifikasi kes kanak-kanak hilang sebagai bunuh
Polis Kuching mengklasifikasikan kehilangan kanak-kanak berusia 4 tahun dikenali sebagai Eric Chang Wei Jiw sejak minggu lalu sebagai kes bunuh.
Astro Awani
Sun Mar 13 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 13 Mac 2022.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Jun 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.