ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 April 2022.
1. Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
Identiti empat warga asing yang hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, di sini semalam, telah dikenal pasti.
2. 'Jangan lengahkan lagi pembentangan RUU Antilompat Parti'
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak supaya pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti tidak ditangguhkan lagi dan perlu disegerakan.
3. Jangan ada peningkatan harga pelitup muka selepas perakuan MS SIRIM - Pakar
Perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang akan dikuatkuasakan mulai 4 Julai depan, diharap tidak akan menyebabkan kenaikan harga produk itu di pasaran.
4. Dasar Al-Wasatiyyah Universiti Al-Azhar selari dengan konsep Keluarga Malaysia - PM
Konsep Al-Wasatiyyah atau kesederhanaan yang didukung Universiti Al-Azhar, terbukti berjaya mendepani cabaran pemikiran ekstremisme dan keganasan yang boleh meruntuhkan negara serta merugikan umat Islam.
5. Kos haji 2022 melebihi RM25,000, peningkatan 12 peratus - Tabung Haji
Kos untuk jemaah Muassasah menunaikan haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000, kata Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
6. Tiga faktor boleh gugat peluang temui tiga penyelam warga asing dengan selamat
Tiga penyelam warga asing yang masih hilang ketika latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing berpotensi besar ditemui dalam keadaan selamat.
7. Buruh dipenjara 5 tahun pukul isteri tolak hubungan seks
Gara-gara memukul dan menendang isteri yang menolak melakukan hubungan seks, seorang buruh dihukum penjara selama lima tahun dan enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
8. Lebih 100,000 saman trafik tertunggak sejak 2016 milik warga Singapura - Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata daripada jumlah itu sebanyak 21,452 saman trafik belum dijelaskan pada 2016, sebanyak 19,275 saman (2017) dan 30,946 saman (2018).
9. Ismee tidak letak jawatan dari 1MDB kerana yakin dengan kepimpinan Najib
Tan Sri Ismee Ismail menyatakan, yang beliau tidak meletakkan jawatan dari syarikat itu kerana beliau yakin dengan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam 1MDB, disebabkan urusniaga dana kekayaan negara dengan Arab Saudi.
10. Kerajaan tangguh kuat kuasa pelitup muka perakuan MS SIRIM
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaan perakuan dan penandaan MS SIRIM bagi pelitup muka bukan perubatan yang dijadual bermula 4 Julai ini kepada 1 Januari tahun depan.