ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Mei 2022.

1. Lebih ramai pegawai ditugaskan, percepat bayaran subsidi penternak ayam - MAFI

MAFI memaklumkan setakat ini hanya RM50 juta subsidi telah dibayar walaupun sebanyak RM729.43 juta subsidi disediakan.


2. Penawaran dan permintaan tidak seimbang, kesesakan faktor utama lonjakan tambang e-hailing - Menteri

Beberapa syarikat e-hailing juga telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum COVID-19 melanda negara.


3. PM Ismail Sabri terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon

Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19.


4. SPRM buka 379 kertas siasatan, tahan 425 individu setakat April tahun ini

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata bagi suku pertama tahun ini, agensi itu telah merampas aset bernilai RM12.58 juta dan sejumlah RM59 juta dilucuthakkan.


5. Graduan USM nekad kendong jubah tumpang motosikal hadir konvokesyen

Seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) lega apabila sempat menghadiri upacara konvokesyen hari ini selepas terperangkap lebih dua jam dalam kesesakan.


6. Motosikal 150cc ke atas bakal diwajibkan pasang brek ABS

Kerajaan bakal mewajibkan pemasangan sistem brek antikunci atau ‘anti-lock braking system’ (ABS) ke atas motosikal model baharu 150cc ke atas.


7. 'Ladang' ganja di belakang rumah, bekas diplomat, anak lelaki ditahan

Polis memberkas seorang bekas diplomat berstatus Datuk dan anak lelakinya kerana disyaki mengusahakan ladang ganja di belakang vila mereka, di Kampung Sum Sum, Janda Baik.


8. Pelajar UUM ditemukan mati di bilik asrama, dipercayai terkena kejutan elektrik

Seorang pelajar tahun dua perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM) ditemukan mati di dalam bilik asramanya.


9. Lee Zii Jia kini di ranking kelima dunia

Zii Jia mengatasi pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting yang kini menghuni kedudukan keenam ranking BWF, dengan mengumpul 87,879 mata.


10. Persatuan Bola Sepak PDRM ada masalah kewangan, YAB dahulukan RM1.3 juta - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa, beliau mendahulukan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sebanyak RM1.3 juta kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerana pemain dan kakitangan persatuan itu tidak mendapat gaji dan elaun selama empat bulan.