ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Mei 2022.

1. HFMD: Peningkatan 27 kali ganda bagi ME 21/2022 berbanding tempoh sama 2021

Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di taska, tadika dan pra-sekolah.

2. Disyaki cacar monyet: Dua kes cacar air, satu kes HFMD

Malaysia sudah bersedia menghadapi kemungkinan kemasukan kes cacar monyet dengan pelan strategik dan langkah kesihatan sewajarnya.

3. Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar

Selepas tarikh 31 Mei, kanak-kanak dalam lingkungan usia itu perlu mendapatkan vaksin COVID-19 yang ditawarkan di pasaran swasta secara berbayar.

4. Da'i Syed bebas tuduhan seks luar tabii, cabul penuntut kolej swasta

Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful daripada dua pertuduhan jenayah seksual.

5. Semua mayat mangsa nahas pesawat Nepal sudah ditemui

Jasad terakhir mangsa tragedi pesawat penumpang Nepal telah ditemui pagi Selasa, menjadikan kesemua 22 mangsa nahas berjaya ditemui, menurut Tentera Nepal.

6. 'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM

Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara.

7. Bekalan ayam stabil di seluruh negara, tiada kekurangan ketara - MAFI

Bekalan ayam di pasar raya seluruh negara stabil dan tidak berlaku kekurangan ketara sejak 10 hari lepas, kata menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee.

8. Dera dua beradik: Ibu, nenek dan rakan lelaki mengaku tidak bersalah

Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang atas pertuduhan mendera dua orang anaknya masing-masing berusia tiga dan lima tahun dalam kejadian Mei lepas.

9. Bukan masa sesuai adakan PRU15 kerana inflasi, kos sara hidup sedang meningkat - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau masih menunggu waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.

10. Peguam diraja dari UK mohon wakili Najib dalam rayuan kes SRC

Seorang Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom (UK), Jonathan Laidlaw memohon kebenaran untuk mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.