Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
51648024507_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Jun 2022.

1. Ismail Sabri ucap selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci.


2. Waspada dengan mesej penipuan melalui e-mel - MCMC

MCMC mengingatkan orang ramai supaya waspada dengan e-mel menggunakan profil (nama dan gambar) pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat, yang memberi arahan di luar kebiasaan.


3. Bekalan ikan pulih mulai bulan ini - MAFI

Peningkatan hasil pengeluaran itu dijangka berterusan sehingga ke kemuncaknya pada Oktober.


4. Pejuang fokus kerjasama NGO hadapi PRU15 - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penglibatan pihak berkecuali itu meliputi kira-kira 100 NGO termasuk kumpulan pesara tentera dan guru.


5. 'Lebih baik tikam saja saya daripada fitnah sebegini' - Jasmin Hamid

Pelakon Jasmin Hamid meminta netizen untuk tidak terus menabur fitnah terhadap suaminya yang diejek-ejek sebagai punca dirinya diserang sakit jantung.


6. RM5.034 bilion diperuntuk bangunkan sekolah, institusi pendidikan - PM

Terdapat 79 projek baharu dan sambungan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan di negeri Terengganu dengan membabitkan kos RM914.79 juta.


7. Elak sentimen kenegerian dalam isu jenayah - Mohd Amar

Masyarakat tidak seharusnya bermain dengan sentimen kenegerian atau menyalahkan kerajaan negeri sekiranya sesuatu kes jenayah berlaku.


8. Kelayakan Piala Asia: Pan-gon muktamad senarai 23 pemain

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon, menyenarai 23 pemain terbaik yang bakal menyahut cabaran saingan kelayakan Piala Asia 2023 Kumpulan E bermula Rabu ini.


9. Bekalan ayam mencukupi sempena Aidiladha

Isu bekalan ayam dijangka selesai dalam tempoh sebulan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DVS) Datuk Dr Norlizan Mohd Noor.


10. Kursus integriti, antirasuah diwajibkan di IPT tahun depan

Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah telah memutuskan supaya Kursus Integriti dan Antirasuah diwajibkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bermula tahun depan.


Must Watch Video

Advertisement