MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Jun 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Jun 2022.
Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar kerajaan mempertimbang untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak RM0.10 atau RM0.20.
Budak tertelan dadah mulai sedar, keadaan bertambah baik
2. Kanak-kanak berusia empat tahun yang dilapor tertelan dadah jenis methamphetamine kini mulai sedar dan keadaannya bertambah baik.
Kerajaan digesa mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup dalam tempoh 24 jam.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya pada Selasa petang.
Mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas rakan sekolah mereka pada Oktober 2020.
Jelasnya, subsidi minyak masak peket dikekalkan bagi meringankan beban dialami rakyat terutama golongan B40 susulan peningkatan harga barangan ketika ini.
Kerajaan mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang.
Saksi yang merupakan pegawai penyiasat kes tersebut berkata beliau mengesyaki perkara itu kerana hanya Syed Saddiq dan dua individu bernama Siti Nurul Hidayah dan Lim Hooi Sean yang mengetahui kata laluan peti besi.
Ahli akademik dan Presiden Persatuan Penyair Malaysia (Penyair), Datuk Rahman Shaari dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-15 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.
Namun Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pihaknya, bagaimanapun, tidak boleh menghalang jika ada pihak luar yang mahu mengeluarkan senarai sedemikian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami