ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Julai 2022.

1. Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri

Ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pasca pandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

2. Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap I atau II - MB

Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

3. Suspek kelar isteri, bayi sampai mati direman tujuh hari

Seorang lelaki yang disyaki membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi berusia tiga bulan direman tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan.

4. Kes kelar isteri dan bayi: 'Saya tidak berdendam dengan suspek' - Bapa mangsa

Menurut Rosman Ahmad, bapa kepada suspek juga telah berkali-kali memohon maaf kepadanya ke atas insiden kejam yang disyaki dilakukan suspek kerana dia mempercayai apa yang berlaku bukan dibawah kawalannya.

5. Syed Saddiq arah 'clearkan' wang RM1 juta selepas disiasat SPRM - Saksi

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengarahkan beliau untuk 'clearkan' wang RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia kerana Ahli Parlimen Muar itu disiasat oleh SPRM.

6. 'Jika Najib mahukan pengampunan, ikut proses' - Tok Mat

Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

7. Wanita maut dijerut dengan kabel pengecas telefon ketika disamun

Seorang wanita berusia 52 tahun maut setelah dijerut dengan kabel pengecas telefon oleh seorang lelaki dalam satu kejadian samun, pada jam 6 pagi, Selasa.

8. Pemilihan PKR: Farhash nasihat Rafizi untuk berhenti main politik 'kotor'

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli perlu berhenti perlu berhenti memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah membiarkan dirinya dikawal orang-orang lain, kata Farhash Wafa Salvador.

9. Raffa Affar rosakkan lagu Tiara? Marah atau tidak, itu pendapat peribadi - M Nasir

Penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir mengulas berhubung isu lagu Tiara yang diolah dan dinyanyikan semula oleh penyanyi dari Indonesia, Raffa Affar, sehingga menerima kecaman hebat netizen.

10. Misteri bau busuk terjawab, JAS temui tapak pembuangan sisa kimia haram

Misteri bau busuk yang mengganggu penduduk sekitar Dengkil, Cybersouth dan Presint 5, Putrajaya di sini, sejak seminggu lalu akhirnya terjawab dengan penemuan tapak pembuangan bahan kimia haram.