ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Julai 2022.

1. Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengajak Keluarga Malaysia untuk menyemat semangat juang pahlawan dan cinta kepada negara sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini. 

2. Jemaah haji terkandas: 111 individu tuntut ganti rugi RM3 juta, gesa MOTAC ambil tindakan 

Sekurang-kurangnya 111 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu memfailkan tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi terhadap sebuah syarikat agensi pelancongan yang didakwa terlibat dalam penipuan pakej haji. 

3. Institut Sukan Negara gagal lahirkan atlet terjun mencukupi - Abdul Karim

Institut Sukan Negara (ISN) patut bertanggungjawab atas kegagalan menghasilkan atlet mencukupi untuk menyertai acara terjun wanita bagi Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

4. Beri mandat kepada PN pada PRU15 - Abdul Hadi

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh rakyat agar memberi mandat kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

5. Apandi dipanggil rakam keterangan berkaitan kes 1MDB

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan dipanggil pada Isnin untuk dirakam keterangan berkaitan kes melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

6. "Saya tiada sifat dendam, sentiasa memaafkan tapi tidak melupakan" - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak berdendam dengan mana-mana pemimpin yang tidak sealiran dengannya di dalam UMNO.

7. Mayat wanita disambar buaya sudah ditemui

Mayat wanita yang disambar buaya ketika memancing dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, pada Sabtu sudah ditemui hari ini.

8. Pemuda belanja orang ramai 1.2 tan durian

Seorang pemuda belanja orang ramai 1.2 tan durian sempena ulang tahun kelahirannya ke-27 yang disambut pada Sabtu.

9. Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.

10. Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai bendahari baharu Barisan Nasional (BN) Selangor, menggantikan Datuk Seri Jamal Yunos.