MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Ogos 2022.
Pelaksanaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, atau Akta Antilompat Parti tidak akan terpakai kepada Ahli Dewan Negara.
PM buat laporan polis akaun Telegram, Signal digodam
2. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Seorang pengguna TikTok menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital dari rumahnya di Subang Jaya, Selangor, selepas dipercayai cuba membunuh diri semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membahaskan skandal pembelian kapal tempur pesisir (LCS), kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Steven Sim.
Seorang lelaki yang dipercayai meletakkan vape pada mulut seorang bayi berusia tujuh bulan dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Baru Uda, di sini, baru-baru ini, direman selama lima hari, bermula hari ini.
Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau cuba mendapatkan semula RM19 juta yang diberikan kepada orang tengah, yang didakwa rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menghentikan siasatan ke atas projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi.
Demikian tegas Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika mengulas pencapaian ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.
Dewan Negara pada Selasa telah meluluskan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti dengan majoriti melebihi dua pertiga.
Datuk Seri Najib Razak telah menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri itu bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Bhd.
Di sebalik tarikan dan keindahan Permatang Kuarza itu, terselit kebimbangan penduduk serta pendaki yang menyedari terdapat aktiviti penebangan hutan di kawasan itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami