awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2022
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Ogos 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Ogos 2022.
1. Rayuan SRC: Mahkamah arah Hisyam Teh terus kekal wakili Najib
Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan ketua pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk mengecualikan dirinya dari mewakili bekas Perdana Menteri itu.
2. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, CFO Khazanah dilantik ahli lembaga MAG
Pelantikan dua individu berpengalaman luas itu akan memberi nilai tambah kepada operasi kumpulan.
3. Bulan Kemerdekaan: MBI kompaun premis perniagaan enggan pasang Jalur Gemilang
Semua premis perniagaan di Ipoh yang enggan mematuhi notis pemasangan Jalur Gemilang bersempena bulan kemerdekaan akan dikenakan kompaun berjumlah RM250.
4. Rayuan SRC: Rosmah, anak-anak hadir beri sokongan kepada Najib
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini hadir di Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang melalui proses rayuan berhubung sabitan kes SRC International Sdn Bhd.
5. Rayuan SRC: Najib mahu dilihat tidak bersalah pada pilihan raya - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Datuk Seri Najib Tun Razak kerana cuba menangguhkan rayuan akhir perbicaraan berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd.
6. PN sudah hantar surat mohon tarikh jumpa PM - Hamzah
Perikatan Nasional (PN) telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan beberapa isu yang dibangkitkan oleh perikatan itu.
7. Isu LCS: Modus operandi mirip skandal 1MDB, Rafizi dedah lebih banyak 'penipuan'
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli mengotakan janjinya untuk mendedahkan apa yang didakwa antara penipuan yang berlaku membabitkan beberapa buah syarikat dalam projek perolehan LCS.
8. "Kita buat kerja sehingga PM bubar Parlimen" - Khairy
Kombinasi antara menteri-menteri kerajaan dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO menjalankan tugas dengan baik serta pemimpin parti dalam membuat persiapan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dilihat amat penting ketika ini.
9. Rayuan SRC: Najib akui tidak dapat pertahankan diri, bantah keputusan panel hakim
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau kini tidak dapat mempertahankan diri dengan adil selepas permintaan peguam belanya Hisyam Teh Poh Teik untuk mengecualikan diri, ditolak Mahkamah Persekutuan.
10. Isteri bekas TYT Melaka, Mohd Khalil Yaakob meninggal dunia
Allahyarham Toh Puan Zurina Kassim menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.10 pagi tadi di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan